Monday, September 13, 2010

PDK Lembah Pantai

DK Lembah Pantai telah dirasmikan pada 7 Julai 2007 oleh Menteri Pembangunan Wanita ,

Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil. PDK ketujuh dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. PDK ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2007 di No 31 & 32 , Jalan Pantai Murni 3 , Pantai HillPark , 59200 Kuala Lumpur, dengan kekuatan 4 orang tenaga pengajar dan 30 orang pelatih berdaftar serta mempunyai 13 orang Ahli Jawatankuasa PDK yang terdiri dari pelbagai lapisan Masyarakat.



PDK Lembah Pantai juga dijadikan PDK ONE STOP CENTRE sebagai Pusat Pendaftaran , Rujukan , Intervensi Awal , Sumber Maklumat dan Pusat Advokasi.Program PDK Lembah Pantai adalah berteraskan konsep atau model ‘’ Centre Based ” . Ini adalah kerana tiada lawatan ke rumah memandangkan OKU itu hadir ke PDK atas inisiatif ibubapa.



Konsep yang diterapkan di PDK ini adalah merupakan konsep perkongsian bijak diantara Jabatan Kebajikan Masyarakat (WPKL) dengan Yayasan Kebajikan Negara ( YKN). Selain JKM , Kementerian Kesihatan , MAFEC , Yayasan Tenaga Nasional , Makpen , IPTA/IPTS dan NGO serta individu turut member sumbangan kepada PDK Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment