Tuesday, September 14, 2010

Lawatan SMK TTDI Damansara, Kuala Lumpur

                                                          23 Jun 2010

 Ucapan pembukaan oleh Timbalan Pengerusi PDK, diikuti oleh  persembahan oleh pelatih PDK dengan nyanyian  lagu " ketupat " dan "Chicken Dance"





Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar tingkatan 1 dengan pelatih PDK Lembah Pantai.


bergambar kenangan selepas Aktiviti.


 Jamuan ringan kepada tetamu sebelum majlis berakhir.

Program pergigian di PDK Lembah Pantai

25 Mei 2010
Klinik Pergigian Bangsar

Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Amira dari Klinik pergigian Bagsar. Kelihatan Jawatankuasa dan Ibubapa  turut serta menjayakan program ini.


Demontrasi memberus gigi sedang dijalankan.


Pemeriksaan gigi


 Semua jemputan dirai dengan Jamuan Ringan. Sekian

Birthday Party petugas & pelatih pdk

15 March 2010


                                                       Birthday Party untuk tahun 2010

Petugas & pelatih bergotong- Royong menyambut birthday party. PDK Lembah Pantai meraikan anak - anak Istimewa yang lahir pada bulan januari sehingga April .

Antara mereka yang dirai dan sesi bergambar

Monday, September 13, 2010

Jadual dan Aktiviti terkini di PDK Lembah Pantai

20  - 22 September 2010

Persidangan Pemulihan dan Ekonomi  OKU 1 Malaysia Bertempat di PWTC

4  - 10 Oktober 2010

Program  Khidmat Siswa Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu

9 Oktober 2010

Jamuan Raya di PDK Lembah Pantai

10 Oktober 2010

Hari Keluarga PDK WPKL , Anjuran PPSEAWA bertempat di Taman Rimba TTDI, Damansara

13 Oktober 2010

Rehasal Talentime peringkat Wilayah Persekutuan

14 Oktober 2010

Talentime Peringkat Wilayah Persekutuan, bertempat di Dewan Komuniti Kota Damansara

25 - 29 Oktober 2010

Kursus Job Coach di Makpen,

lawatan ke kl sentral

21 April 2010

pelatih sedang bergambar sementara menunggu bas Rapid KL U74, Menuju ke KL Sentral



Kelihatan pelatih sedang beratur , membayar, menunjukkan kad pengenalan diri OKU kepada pemandu bas serta mengambil tiket bas.

pelatih dibawa bersiar-siar dikawasan sekitar KL Sentral  dan menikmati KFC.

Gambar kenangan sebelum meniggalkan KL Sentral


 pelatih sedang membeli tiket menuju ke stesen LRT Kerinchi  dan menaiki bas T633 sebelim kembali semula ke PDK Lembah Pantai. Perjalanan mereka berakhir pada pukul 1.30 petang.

PDK Lembah Pantai

DK Lembah Pantai telah dirasmikan pada 7 Julai 2007 oleh Menteri Pembangunan Wanita ,

Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil. PDK ketujuh dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. PDK ini telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2007 di No 31 & 32 , Jalan Pantai Murni 3 , Pantai HillPark , 59200 Kuala Lumpur, dengan kekuatan 4 orang tenaga pengajar dan 30 orang pelatih berdaftar serta mempunyai 13 orang Ahli Jawatankuasa PDK yang terdiri dari pelbagai lapisan Masyarakat.



PDK Lembah Pantai juga dijadikan PDK ONE STOP CENTRE sebagai Pusat Pendaftaran , Rujukan , Intervensi Awal , Sumber Maklumat dan Pusat Advokasi.Program PDK Lembah Pantai adalah berteraskan konsep atau model ‘’ Centre Based ” . Ini adalah kerana tiada lawatan ke rumah memandangkan OKU itu hadir ke PDK atas inisiatif ibubapa.



Konsep yang diterapkan di PDK ini adalah merupakan konsep perkongsian bijak diantara Jabatan Kebajikan Masyarakat (WPKL) dengan Yayasan Kebajikan Negara ( YKN). Selain JKM , Kementerian Kesihatan , MAFEC , Yayasan Tenaga Nasional , Makpen , IPTA/IPTS dan NGO serta individu turut member sumbangan kepada PDK Lembah Pantai.