Saturday, November 12, 2011

Majlis Amal Blog4FT

 Antara pelatih PDK KIU yang hadir, izatti
 Datin Nafesah sedang beramah mesra dengan pelatih OKU.

 Gambar kenangan bersama Raja Nong Chik dan Isteri bersama Pelatih PDK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
11 DISEMBER 2010

Majlis Amal ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar yang bertujuan memperkenalkan teknologi maklumat terkini kepada penduduk bandar. Program ini melibatkan pegawai JPOKU, penyelia , petugas dan pelatih PDK. PDK WPKL telah menghantar seramai dua orang petugas dan tiga orang pelatih bagi setiap PDK.

HARI OKU SEDUNIA , MITC MELAKA

11 DISEMBER 2010

Hari OKU sedunia telah disambut di MITC, Melaka. Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur telah  menghantar wakil yang terdiri daripada Pegawai Bahagian OKU , petugas dan pelatih PDK  untuk menghadiri majlis sambutan tersebut. Pelbagai aktiviti disediakan dan majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Cik Noraini Hashim daripada JPOKU dan Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Ali Rustam.


 Pengacara Hari OKU Sedunia 2010, ialah Ally Iskandar dan  Ras Adiba Radhi


 Wakil PDK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Majlis dihadiri oleh Cik Noraini Hashim dari JKM Malaysia dan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Ali Rustam.

TALENTIME OKU DAN JUALAN PRODUK PDK PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

29 NOVEMVER HINGGA 4 DISEMBER 2010

Talentime OKU peringkat Kebangsaan adalah acara
 untuk merebut Piala Perdana Menteri tahun 2010.
Program ini dimeriahkan lagi dengan Karnival Jualan
Produk PDK seluruh Malaysia. Kedua – dua program
ini telah dirasmikan oleh  Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun
 Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak

Pemimpin berjiwa rakyat

 Para penyelia dan petugas memberi sokongan kepada pelatih OKU negeri masing - masing

 Sempat bergambar dengan Pengecara talentime OKU Peringkat Kebangsaan 2010. Aznil Haji Nawawi

 Penyelia dan petugas PDK Wilayah Persekutuan menyampaikan lagu sempena karnival Produk PDK.

Bergambar kenangan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Isteri , Datin Norhayati

Kursus Asas Petugas PDK Anjuran JKMWPKL di Terengganu.

21 HINGGA 28 NOVEMBER 2010

Kursus Asas Petugas PDK 2010 anjurkan JKM WPKL.Seramai 21 peserta PDK KL dan  5 peserta dari Terengganu.

 En Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada semua peserta kursus

 Ketua Penghulu  bagi kursus kali ini adalah Cikgu Roy , Penyelia PDK Kiu



Aktiviti Kumpulan , Pn Noraini telah menyampaikan  arahan dan tunjuk ajar kepada peserta kursus.

Kaedah dan Latihan Fisioterapi telah diajar kepada peserta kursus, untuk dipraktis di PDK masing - masing.

Hari Terbuka PDK Lembah Pantai 2010


Antara Tetamu yang hadir untuk memeriahkan  hari terbuka PDK Lembah Pantai

13 NOVEMBER 2010

Hari terbuka diadakan untuk mendekatkankan warga PDK
bersama masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti diadakan
seperti ceramah dan pameran JKM WPKL , POLIS , BOMBA ,
Jualan Produk PDK, Pendaftaran OKU. Program Hari Terbuka PDK
ini adalah program tahunan PDK.



wakil JKM , Polis dan Jawatankuasa PDK

 Ceramah yang disampaikan oleh Wakil Polis , Balai Polis Pantai Baru

Ceramah yang disampaikan oleh wakil Bomba , Jalan Pantai Baru

Talentime oku Peringkat WPKL, Pusat Komuniti Damansara, Kuala Lumpur

14 OKTOBER 2010

Ketibaan isteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datin Nafesah Raja Nong Chik, Disambut oleh Ketua Pengarah JKM , Dato' Memey Zainal Rashid dan Pengarah JKM Kuala Lumpur, Pn Noormah Binti  Dato' Abdul Rauf.


Gambar kenangan  peserta talentime yang mewakili PDK Lembah Pantai, bergabung dengan PDK Petaling. Telah mendapat tempat 3 dalam pertandingan tersebut.


Tahun 2010 menyaksikan satu program bagi mencungkil bakat pelatih
PDK. Tiga kategori pertandingan yang dijalankan adalah kategori
nyayian  solo, duet dan tarian berkumpulan. PDK Lembah Pantai telah
bergabung dengan PDK Petaling didalam kategori tarian. Tajuk tarian
adalah “Tarian Tudung Periuk”. PDK Lembah Pantai dan Petaling telah
mendapat tempat ke -3 didalam acara tersebut.


Cenderahati Datin Nafesah Kepada Raja Nong Chik , sempena Talentime peringkat wilayah persekutuan kuala Lumpur.



Gambar kenangan Ketua Pengarah JKM, Dato' Memey Zainal Rashid bersama Pengarah JKM Kuala Lumpur Pn Noormah Binti Dato' Abd  Rauf


Hari Keluarga PDK WPKL

10 OKTOBER 2010

Program Hari Keluarga ini dianjurkan oleh Persatuan Wanita Rantau Asia
Pasifik dan Asia Tenggara(PPSEAWA), pelbagai aktiviti telah disediakan
antaranya adalah sukaneka pelatih PDK, menganyam ketupat , persembahan
 tarian,cabutan nombor bertuah, sumbangan duit raya , acara merebut
kerusi dan lain-lain lagi.Kesemua 9 buah PDK terlibat didalam program ini.



 Kenangan bersama pelatih PDK Titiwangsa dan pelatih PDK Lembah Pantai yang hadir


Bergambar kenangan bersama pelajar Pusat Pertuturan Kiu , Kg Pandan


Persembahan  oleh pemegang Telentime peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2010 , gabungan PDK San Peng , PDK Wardeburn dan PDK Titiwangsa